Sunday, June 20, 2010

Perihal Tudung



Masa zaman2 student kat UK dulu, tudung apa lagi yang dipakai kalau tidak Tie Rack sebab itu sahaja choice yang ada. Saya suka tudung tie rack sebab banyak designs yang comel2, tetapi bila balik Malaysia saiznya yang agak kecil, tidak lagi menepati citarasa. Sekembalinya daku di Malaysia, tudung apa lagi yang dipakai kalau tidak tudung bawal sebab itu sahaja pilihan yang ada. Senang pakai tudung bawal, kemas dan terletak dan ianya boleh didapati dalam pelbagai warna dan border design.

Beberapa tahun yang lepas bermula lah zaman tudung awning. Saya mula2 berjinak dengan tudung awning sebab tudung awning mudah dipakai, main sarung je. Maka berakhirlah zaman tudung bawal; tudung2 bawalku semuanya disedekahkan kepada adik2. Tudung awning ni sekarang dah bersepah2, boleh jumpa di mana-mana saja. Sebelum zaman Ariani menjadi top, saya mendapatkan tudung awning di Sri Munawwarah, TTDI. Saya suka kedainya yang cantik dan selesa dan selection tudung yang menepati citarasa ketika itu; awning thai silk yang terletak kemas dalam pelbagai warna.

Tetapi selepas Ariani membuka cawangan di Bandar Baru Bangi (area where I live), terasa jauh pulak nak pergi TTDI, maka Ariani menjadi tempat dituju untuk membeli tudung. Walaubagaimanapun, saya cukup tidak berkenan dengan kaedah penggantungan tudung di Ariani kerana saya selalu mendapati awningnya rosak. Tapi sebab tak ada pilihan lain maka make do sahaja lah, kadang2 ok, kadang2 tak ok, ikut nasib.

Di samping itu, saya juga meminati tudung selendang lilit. Tapi mana boleh pakai selendang kalau tak pakai serkup? Sebab saya memang tak suka pakai serkup, rimas. Masalah tersebut selesai apabila a couple of years ago saya terjumpa anak tudung cotton yang tutup leher di Arzu. Haaa, baru la boleh pakai sheer silk selendang, tanpa nampak leher! I loike!

The convenience of tudung awning terus menjadikannya popular di hatiku dan di hati kebanyakan wanita seluruh Malaysia. Kemana2 sahaja pergi, semua orang memakai tudung awning. Tetapi saya masih lagi kurang berpuas hati dengan kualiti awning tudung Ariani. Tambahan pula, terasa seperti mengingingkan kelainan daripada segi corak dan juga kualiti. Maka apabila saya diperkenalkan kepada tudung D'Ekslusif, a home-based butik yang beroperasi di Bangi, alangkah terujanya daku. Dalam masa beberapa minggu sahaja saya telah mengumpulkan agak banyak helai tudung baru. Tudung2 munawarah yang lama-lama juga diberi nafas baru hanya dengan menggantikan awning lama dengan awning D'ekslusif yang berkualiti tinggi. Pada saya, awning berkualti haruslah daripada material thai silk atau raw silk yang tidak patah, selesa, dan terletak kemas di kepala.

Baru-baru ini saya pergi ke Ariani untuk mencari tudung silk awning kecil yang boleh dipadankan dengan selendang lilit. Last minute cari tudung untuk wedding adik baru2 ini. Setelah terbiasa memakai awning berkualiti tinggi, saya sangat terkejut melihat awning tudung2 Ariani yang sungguh mengecewakan! I could have sworn that the quality of tudung2 Ariani have deteriorated over the years! I wonder how people could still put up with the poor workmanship and yet relatively expensive price there at Ariani! Ugh, I was sooo put off with the ugly awnings; awning patah seribu, jahitan bengkang bengkok! Tetapi sebab dah last minute, maka terpaksalah beli juga. Padah last minute hehehe. Nasib baik lepas gosok gila2 saya punya nampak ok la jugak kot. Ibu punya tak dapat nak diselamatkan :p Sorry mum! Seriously serik ngan Ariani...unless they do something about their quality soon. Paying too much for shoddy material and workmanship.


Me and me mum.


Ops...Gambar with the whole family pun nak enter-frame jugak ;)
 

Lately I am going through a phase where I am tired of my tudung2 awning. Lebih-lebih lagi dengan allure of so many nice selendang selection at Arzu. Also, orang Arzu dah meng-psycho-ku that I look like makcik in tudung awning and younger in tudung lilit! Boleh tak macam tu? Memang tak harus, sebab saya yang gullible ini percaya and happily depart with my money hahaha!


I love this anak tudung, sangat selesa! Notice that the cut starts quite low on the face? I think it is a good substitute for the anak tudung syria latest trend which I think does not suit my already chubby face.


*Inserted for sis 1na. This is what the anak tudung looks like. It is cotton and molds to the face quite comfortably. You do need to try them on first, they are free size. Sorry for the poor pic quality!



I love this particular cotton selendang because it is super duper comfy and easy to lilit! No pins needed! I only have two colours, so I need more me thinks!



Whilst cotton is more for casual wear, silk is good for formal wear.
Ini pose perasan...



Dan juga ini...ngeng!


I wore the green combo tudung above to work on Friday and ada orang komen cantik. And also, adakah saya pregnant? Apakah????? !!!!!!!!

Tak kesahlah nampak pregnant ke, tua ke, muda; tudung dah beli kena lah pakai...Kalau tak pakai memang nak kena pelangkung sebab itu bermakna kena beli tudung baru!

29 comments:

LiLa said...

Dr,
Bila cakap pasal tudung, i pun sama macam u. Naik pening jadinya.My Hubby kata i yg terlalu fussy:D I'm wearing tudung ariani, so u sendiri tahu macam mana lecehnya nak jaga the awning. Bila maid i ter'iron' awning dia with high temp habis berkedut jadinya. Then i terpaksa hantar balik tudung2 tu untuk tukar awningnya which cost me rm30/each. Now ni ariani ada keluarkan tudung syria, which i think takyah risau pasal the awning. I tried... tapi u tahulah muka chubby macam kita ni...makin chubby jadiknya. I tried tudung yang lilit before, tapi i rimas & takut asyik nak kena betulkan waktu bg lecture:( I always hope ada org yg nak buat new innovation utk tudung awning tu biar free maintenance. Org applied science kot:D hisssh...panjang lak chotchet..

1na said...

Salam, akak pun rimas pakai anak tudung. Boleh tepek kat sini mcm mana rupa anak tudung cotton tu?!

Thanks in advance :D

HaniFadil said...

oh. i dah dapat jawapannya. ARZU. thanks to you. i was looking for that kind of anak tudung, yang tak melepek sangat like syria tapi still ada bentuk macam awning ariani.

hehehe.. the last pose perasan tu cuns! :-)

zarin said...

hi dear..ingatkan i sorang je yg keciwa dgn tudung awning tudung ariani yg patah renyuk tu...i pun dah stop pakai tudung awning and dah pakai selendang balik dah :D
btw, tudung kat arzu memang cantik2 kan! masuk situ je mula lah i kegilaan heee

Yummy Mummy said...

Hi Lila, you know, semenjak terjumpa anak tudung kat Arzu tu, tudung lilit becomes a breeze to wear! Cuba check it out, kot2 you suka ke...Jom kita yang invent maintenance free awning? hihihi ;D

Yummy Mummy said...

Sis 1na, no prob, nanti I insertkan gambar naaa...

Yummy Mummy said...

AA, ya, do check it out beb, you might like it. I tak sesuai langsung pakai syria tu, so happy that the anak tudung Arzu tu comes in a variety of colours. Dulu tak banyak choice sgt.

Yummy Mummy said...

Hi zarin, too right babe! Masuk Arzu tak sah kalau tak beli, semuanya menggugat nafsu hehehe.

Lady of Leisure said...

i teringin nak pakai tudung awning my mom n sister pakai dorang kata senang nak ke mana2 mudah nak pakai tapi dont know why muka i kalau pakai nampak semacam jer..

Aida Narina said...

Hye there :)

No, you look just fine :p I think I'll be wearing less Tie Rack bila dah balik Malaysia, hehehe. With variety of choices back home, I masuk kedai tudung masa balik summer macam masuk kedai gula-gula (nasib harga je tak macam beli gula-gula!) :p. I have also tried munawarrah and arianni, but just for special occasions macam raya - belum mampu untuk beli for casual days out. Tak sabar nak balik and try anak tudung syria (just like you were wearing in the pics). Harap2 sesuai :)

4 Kay-E said...

Salam,
I have the same prob.... Dah lama tak balik M;sia.. Masih setia dgn TieRack since buat master dulu... Now bila balik M;sia semua org dgn new tudung styles.. the awning season. hehee..

All my tudung bawal - dah off season :(. Still looking for new style & the most important thing is easy to wear & comfy!

I like selendang style (yg lilit2 tu).. but diffficult to get a good anak tudung :(. I need a few colors too.

So it's not only me who have this anak tudung prob.. :P

Syida said...

Utk tudung awning i still prefer munawwarah, walaupun tak murah tapi amat selesa nak pakai. furthermore it has the quality.tak macam arini yg sgt *tut*.nasib baik tak pernah beli ariani. and nasib baik jugak ofis dekat dengan munawwarah.hehehe.

Yummy Mummy said...

Lady, I'm sure you sesuai pakai tudung awning babe. I rasa hampir semua orang sesuai pakai tudung awning, serious! Cuma kena pandai cari cutting awning yg sesuai; if you like your face to look slimmer, a low cut is better compared to a high cut. Hope you will find a one that suits you soon ;)

Yummy Mummy said...

Hi Aida, tu lah, kita orang pompuan pantang nampak benda cantik kan, memang rambang mata, hehe.

Yummy Mummy said...

Hi 4 Kay-E, ya its not only you babe hehe! I tak suka anak tudung syria sebab terlalu melekap and nampak kepala bulat. Some people sesuai, I'm not one of them. Arzu punya anak tudung not on display, kena tanya. And the old stock punya cutting pun not so nice, lately je I found some in good material and cut. I love them, senang nak pakai wish they did more colours!.

Yummy Mummy said...

Syida you are lucky you are near munawarah! And I agree with you about Ariani being *tut* hahaha! Tapi bila I dah pakai D'ekslusif, semua awning munawarah I tukar, sebab D'E uses raw silk instead of thai silk, lagi tebal sikit, texture nampak rich sikit. But it depends on the look you want to achieve. Cerewet kan org pompuan :P

1na said...

Salam Dr,

Thank for the picture. Baru paham mcm mn pakai. Akak akan mencarinya. Thank you :D

Hanum said...

I know it's about tudung... but ADAKAH AWAK PREGNANT??.. ADAKAH...(oh.. makcik excited!!) u look glowing lately.. in the wedding pics.. despite menjadi bibik with 3" heels... so ADAKAH?... (sebok mau enterprame.. ngeee... :D)

SurayaCoghlan said...

Hi!
Love that last picture of yours. Cantik sangat..you and the tudung.

screamingmommy said...

i love tudung arzu:) i guess most of my tudung bought there, plus the location of my office before kat sana, everytime lunch hour singgah..kalau dah beberapa kali singgah tu ada la yg terbeli. kekadang tu weekends g klcc baju baru takde matching tudung g sana beli terus pakai, diorg siap tolong iron kan utk pakai terus:))

ladyLOVESleisure said...

babe, aku suka giler the tudung hijau olive combo one. the anak tudunga rzy nampak comfy lah. you must bring me over nanti aku balik cuti. can eh?

Yummy Mummy said...

Nom, sorry to burst your bubble, but nope, not yet! Banyak benda nak bereskan tahun ni beb, insyaallah akan diusahakan selepas itu muahaha.

Yummy Mummy said...

Sue yang baik hati, thank you dear!

Yummy Mummy said...

Screamingmommy, hi babe! Welcome home! Yup, sangat suka that particular service, diorang suka suruh pakai terus dekat kedai hehehe.

Lady, ya, I quite like that one as well. Sure, no prob beb. You know, while the hubbys/kiddies can lepak kat Dome or Starbucks, kita lari la sat gi Arzu!

CiKaYu said...

arzu mmg tetap di hati..hehehe...cam iklan lak..

mJ said...

sorry i tertinggal ketapi lagie...
love the arzu anak tudung tu...sgt comfy, as for me yg mmg pakai tudung syria ni dah pening sbb anak tudung nyer selalu tak sesuai ngan kepala ku yg besar nih...so terima kasih kerana memblog pasal anak tudung substitute kepada syria yeay!

fizamior said...

kak sue, cantik la anak tudung arzu tuuuuuu... nampak comfy.... erm, teringin la jugak nak pegi arzu.... nak survey2.. apa lagi choice of tudung yg ada kat arzu?

4 Kay-E said...

Salam,
I was wondering where about is the shop /place to buy the anak tudung?
dekslusif tu...
pls...

thanks.

Yummy Mummy said...

Salam 4 Kay-E, sorry sgt for the late reply, baru hari ni sempat nak duduk and bls2 msgs and what not. I'm not really sure of the exact address, but it is near seksyen 7 Bangi. Dekat kawasan perumahan berhampiran Red Wok. Dekat link I letak tu ada phone number. Do call the owner, nama dia Kak Darlena. It is a home-based business. Hope you can find something you like there ;)

Related Posts with Thumbnails