Semalam saya singgah ke Little Parlour untuk mendapatkan inspirasi menu berbuka...Best, kecur air liur dibuatnya. Lady kalau buat buku masakan, mesti saya beli tau! Ada macam2 lagi lauk nak try tapi hari ini saya masak Kari Kepala Ikan dan Daging Dendeng. Kari ni lauk biasa, tetapi ada pelbagai cara style orang masak. Walaubagaimanapun saya setuju cakap Lady bahawa kari ikan memerlukan sedikit perhatian berbanding kari ayam. Kali ini saya ikut style Lady masak iaitu potong tomato dadu ;) Saya pastikan rempah betul-betul garing dan saya lebihkan asam jawa supaya cukup rasa masam tanpa was2. Kali ini juga saya perah santan fresh daripada kelapa parut daripada menggunakan santan dalam kotak.
Hasilnya alhamdulillah, mendapat acknowledgement si dia.
Thank you Lady for the additional tips.
Ramuan segar dan mencukupi juga adalah sangat penting.
Daging dendeng pula dah lama teringin nak makan; belek2 Little Parlour alhamdulillah ada rezeki terjumpa resipi daripada Puan Nani Rostam. Senang dan sedap, saya happy!
Saya jarang masak makananan yang memerlukan cuka.
So nampak ramuan cuka jadi takut hehehe.
Sebenarnya tadi pergi kedai semata2 nak beli cuka sebab tak ada cuka dalam gobok :P
For some dishes there is just simply no other substitute.
Dua hari lepas jiran sebelah bagi bubur kacang durian yang sungguh sedap, terus teringat pada entry Ermayum tentang bubur kacang durian. So hari ni untuk pencuci mulut saya masak bubur kacang, cuma durian je tak de, kalau ada laaaaagi kaw ;) Ooopsss, lupa amik gambar hehehe...
Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Puan Nani Rostam tentang tekak orang Johor memang betul. Ibu bapa saya dua2 orang Muar, dan taste buds mereka agak terhad kepada masakan sebelah sana. Selepas berkahwin dengan suami saya yang berasal daripada Perak, negeri yang kaya dengan pelbagai jenis makanan, saya terus terpikat dengan makanan seperti rendang dan tempoyak. Saya dibesarkan dengan menu2 simple kerana ibu saya juga sibuk menjuggle career dan membesarkan 7 orang anak *gulp*. Suami pula dibesarkan dengan menu yang berpelbagai kerana walaupun arwah MIL juga bekerja, tetapi mereka tinggal berdekatan dengan rumah neneknya iaitu sebuah markas catering. GMIL saya memang pandai masak. Kalau balik ipoh saya suka ambik peluang belajar masak ikut style GMIL.
Di sini saya ingin berkongsi buku resipi kegemaran saya iaitu A Taste Of Batu Gajah ~ Traditional Malay Family Recipes. Saya suka buku ini kerana lauk2 kegemaran saya dan suami memang lauk2 classic dan tradisional. Resipi yang dikongsi oleh Datin Norsiah Bakhari memang menepati citarasa dan ada yang sama dengan cara style GMIL memasak. Perhaps because she herself is from Batu Gajah ;)
Some excerpt from the book:
"While A Taste of Batu Gajah is about life - and the tastes -of this unique historical town in Perak, it is more importantly about authentic Malay cooking with lots of heart and soul thrown in."
"As you go through the pages however, you will come to understand that A Taste of Batu Gajah is so much more than a cookbook. Besides imparting the delectable recipes that Batu Gajah is renowned, it is simultaneously a tribute to a town rich in culture and heritage."
~ HRH Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Bainun Mohd Ali.
With that being said, nothing beats mum's good old asam pedas and sambal sotong ;)
- A juggling act from my iPad



7 comments:
Sahur tadi buat ayam masak kicap, tapi malu nak letak gamba kat blog sebab tak cantik, rasanya pun ok la jugak.my 1st handmade dish untuk bulan ramadhan.hehehe
mengancam kari ikan awak tu ye! terliur plak kihkih
anyway i pun try lah daging dendeng puan nani tu...senang je nampaknya ye!
hi dear.. i hope u suka style kari kepala ikan macam tu.. and the dendeng recipe from puan nani rostam tu best kan.. my husband suka sangat daging dendeng tu.. nak buat pun senang kan.. :)
daging dendeng sodappp kat office org jual setengah kilo rm27 :) but kalu buat mesti lagi murah nak godek resipi gak la eee sedapnya heheh
waahhh tercabar rasa bila tgk byk betul u memasak ever since puasa ni..my case pulak asyik yg simple goreng2 then the rest beli..weekends berkobar konon nak try masak..lps tu..asyik berehat..dah 4pm alasan tak sempat masak la pulak:(
drool.. the kari and daging dendeng adalah sungguh mengecurkan air liur.. :p--
nak cari juga lah 'A Taste of Batu Gajah' ( i suka sangat beli buku resipi, masaknya kadang2 saja..)
Syida, cantik ke tak cantik, belasah cukup! ;)
Zarin, tq dear, bulan posa ni tgk semua benda mengancam. Try la, very easy and tasty.
Lady, I suka! ;D
Erma, tu la, senang, kalau dah ada cuka lagi senang tak yah gi beli hehe.
SM, bulan puasa je lah I bersemangat sebab by 430pm dah boleh balik. Takde maknanya nak balik lewat! Selalunya even though waktu kerja habis pkl 5, tapi pukul 630 baru sampai rumah, nak masak pun tak lalu...4pm masih awal lagi tu beb hehee. Ala, tak pe, masak ke beli, yang penting perut kenyang ;D
HCL, bulan posa nampak la sedap hehehe I recommend the book ;)
Post a Comment