Sunday, April 25, 2010

Beribu-ribu Lemon

I went to SlimWorld with a RM2000 budget. Sebab masa tu ternampak iklan pakej sekitar harga tersebut. Boy was I in for a surprise!

Susah nak terangkan apa sebenarnya isi kandungan pakej yang ditawarkan kerana ianya bergantung kepada keperluan individu tersebut. Tambahan pula keberkesanan rawatan bergantung juga kepada komitmen yang diberikan terhadap penjagaan makanan. Jika anda betul-betul mengikuti diet yang disarankan, lagi cepatlah proses pelangsingan anda, lebih berbaloi-baloi lah investment anda. Kalau asik curi2 makan je, atau malas pergi buat treatment, maka lambatlah proses tersebut. Maka pakej RM3000 katakan, yang mungkin sudah mencukupi untuk sesetengah individu, tidak semestinya memenuhi keperluan anda.

So which package is suitable for you? It totally depends on your budget and target weight loss. However, obviously, lagi mahal pakej tersebut sebenarnya lebih menguntungkan. Walaubagaimanapun tidak dinafikan memang susah untuk mebuat keputusan kerana tidak tahu keberkesanannya.

Tektik yang digunakan untuk memancing pelanggan adalah:
*saya menjalani rawatan di Putrajaya Branch. Ianya mungkin berbeza di tempat lain.

1. Membuat background check pelanggan. Kerja apa. Suami kerja apa.
2. Memberitahu pakej kategori mahal. Ini untuk desensitize you. Yelah, 5 ribu tak la semahal 10 ribu kan? Pandai ko ye.
3. Meletakkan tawaran same-day offer. Ni mesti sebab dah buat background check aku nih. Kononnya hari ni aja offer, kalau datang next time or even next day tak boleh bagi offer yang sama. Yang ni memang mangkuk sebab dia tau suamiku outstation masa tu. What ever!

Pada mulanya (setelah di-desensitized-kan) saya telah mengambil pakej dalam sekitar RM4000 kerana tertarik dengan tawaran yang diberikan. Setelah menjalani rawatan, owh alangkah terkezutnya daku apabila mendapati ‘ampule ajaib’ begitu berkesan! Maka terjebaklah lagi dengan menambah beberapa ribu lemon, khas untuk ‘ampule ajaib’ sahaja. Padan muka, dulu tak nak amik pakej mahal sikit yang lebih menguntungkan!

Note that kalau anda bersalin normal, pakej seperti diatas sudah memadai. Tapi sebab saya c-section, maka lepas tu terjebaklah pula dengan pakej khas untuk perut yang menggunakan rawatan infra-red, rainbow treatment dan slimming mask. Hasilnya? OK la, berkesan, tapi menyesal ambik sebab patutnya kalau nak tambah pakej, amik je lagi pakej ‘ampule ajaib’ untuk keseluruhan badan termasuk perut!

So, what was the damage? Tepuklah dada tanya selera, nak badan cantik atau handbag cantik? Huhuhu…


(Kalau beli di KLCC…)

(Kalau beli obersea can get more value for money…hehehe)



Saranan saya, pergi lah slimming centre hanya jika anda benar-benar komited untuk menurunkan berat badan. If you are an average sized women looking to lose 10 kg, then sebagai benchmark, RM4000 can get you a reasonable deal *berpandukan harga lama, sekarang dengarnya dah semakin mahal :(. Jangan ambil pakej terlalu murah, tak berbaloi, lebih baik exercise je, lagi jimat.



*Slimming centres are for short term weight loss. A healthy lifestyle is needed for sustainable weight management.

18 comments:

cikJintan said...

halamakkkk....

mcm suka jer ini belog.. hehehe
nak singgah selalu lahh :))

err.. salam kenal

OneWan said...

drooling dgn si hitam manis yg sepasang tuh.. iskk...

nak jugak! tp nak kurus jugak!!

Yummy Mummy said...

Hi Sufee. Thanks dear. Hehehe, terima kasih daun keladi, kalau suka datang lagi ;P

Hi Wan, yes, itu black lady worth the drool, bukan sebab saya ada dia, tapi sebab dia memang legend in her own right. Dan yes, saya telah berjanji untuk tidak membeli apa2 lagi bag selepasnya hahaha. Tapi kalau ada seketul lagi kan best haha.

Ermayum said...

iya i tak leh g slimming - pg pas tu makan makan makan tak jadi apa hahah - cantik beg dear harga pun cantik :)

Dr Singa said...

magic ampoule??
ada cucuk2??
:)

screamingmommy said...

wow..ur slimming equavalent to A chanel hbag in klcc? darnnnn!!! think I'll stick to my squash then;)
Btw, what's your diet now to maintain..perhaps i can use that

cikayu said...

salam kenal ya...baru singgah ni.

wow....the package is equavalent to a gorgeous h/bag?? i pilih h/bag kot, pastu kejung 1 badan paksa diri nak exercise tuk slim...hehehe tapi with help of my PB...

Hanum said...

"Dan yes, saya telah berjanji untuk tidak membeli apa2 lagi bag selepasnya hahaha."

Iye kah??... boleh kah??... haha...

Yummy Mummy said...

Erma dear, betul, bukan senang ooo. Without proper knowledge on healthy eating habits pergi slimming center pun tak guna. Tu yang I naik balik 4 kg over 2 years :(

Hi DrSinga, saya saja je nick-namakan dia magic ampoule hehe. Dia macam minyak. Tak ada cucuk2 pun, semua diurut/diganyang ke dalam badan. Fungsinya untuk mencairkan lemak dan meningkatkan metabolism. Not sure what the ingedients are. Nak masuk bab metabolism ni kang panjang pulak ceritanya...DrSinga medical dr kah? Maybe lebih memahami mechanism dia :)

Mommy, ya, it all unknowingly added up to that. Masa tu tak terasa sgt sebab ambik package secara ansuran. Masa tu tak tau pun berapa harga seketul reissue, kalau tak aku pun pilih handbag dulu hehe. And masa tu at 27 belum gila handbag...nasib baik ;) Masa tu just experiencing how motherhood changes the body and how to overcome weight issues.

Hi cikayu, thanks for dropping by. oh yes...unfortunately lambat dpt tau pasal PB, otherwise, it would have been a good maintainence tool. Dah setahun I guna, nanti in future posts boleh lah cerita ceriti.

Mak Noms, Tu la, the only handbag that can satisfy my bag craving would only be another flap. Kalau tak tak moh, HOW? Sekarang kena focus pada rumah pulak, after that kalau ada rezeki haruslah!!!

Eti said...

handbag? slimming centre? handbag? slimming centre? HANDBAG! HANDBAG! HANDBAG!

Slimming centre if you don't maintain, the weight comes back on... but a CHANEL... SIGH!!!! huba!huba!

NZZ said...

Hi there,

I guess it boils down to what is your goal at that point in time right...if semahal one dream bag pun, but nak kurus punya pasal, sure sanggup punya kann...I might just do the same kalau dah desperate lepas nih..he he

Yummy Mummy said...

Eti, the average lady looking to lose 10kg won't need such an expensive package ;) Tapi still kalau tak chanel pun, boleh lepas LV seketul dua hehehe.

NZZ, so true... :D

A D I A said...

beli kat KLCC ke? *pengsan* geram tul tengok. my mission (vision): dapat handbag jadi la hehe.

btw my SIL makan jusmate5, sebulan spend RM400, 3 bulan dah kurus. tapi sengsara kena dispilin kuat, jaga makan etc. beauty is painfull eh?

Ella said...

Darl..
thanks for sharing. I belum sempat g mintak quotation lg.
Nti dh dpt quotation, any question i buzz u okey.

My problem is tummy je. Yg lain rasanya ok lagi.

I hope my treatment cost tak ler sampai leh dpt 2.55 tu. melepas plak nti I nk pakai flap. hehe

Yummy Mummy said...

Adia, I tak sanggup la beli kat KLCC babe, can save so much more overseas! Save dalam 2k siapa tak nak? I go once a year, so ok la...Tu la Jusmate pun I dengar berkesan..ni tgh nak mengkaji.

Ella, no prob babe. Eish, tak kan sampai punya hehe!

ladyLOVESleisure said...

babes, giler expensive this slimming thing eh! aku pun abis duit gak bayar gym membership tapi tak perhgi2 pon hahaha. btw have u ever tried PB?

fauzuskamaruddin said...

salam kak,

blogwalking and i found u...guess what saya pernah terjebak dgn slimworld ni...msa tu bru kerja tau kak and nak kawen dh time tuh...

nak slim punya pasal pergi la slim world..habis la rm4000 gak....berat taklah turun sgat tapi mmg shape up here and there

huhu mmg magis eyh ampule tuh ahhahahah balik umah abis die kasi detox satu badan....buat itu ini kt sana mesin tu mesin ni saya suka lah gak sbb cam relax...tapi tu la kene kontrolll makan..huhuh

hasilnya ramai tanya pasal dah kurus....secret tak di reveal until one day tu org sibuu tnye saya bgtau la...unfortunately lps bersalin naik balik berat

dah habis session with them siap offer lg suh amik pakej len...huhu xmo dennnn....

fikir fikir klu simpan duit tu boleh beli henbag :)

Yummy Mummy said...

Fauzus, thanks for sharing your experience dear. Which branch did you go to? Tu la, saya pun dulu orang tanya serba salah nak cakap. Entah lah, takut orang pandang serong, bolehhh? Diorang memang akan suruh kita tambah package kan. I dah ckp kat diorang, kalau nak amik pun tunggu lepas I bersalin next one, which is god knows when. Tapi yg paling dekat dgn rumah is Mayfair, so we see how first. Yang pasti memang KENA pergi. Kena sediakan duit untuk ceaser dan juga slimming centre..haihh boleh dapat Chanel tu, demmit!

Related Posts with Thumbnails