Thursday, May 6, 2010

What's for lunch?

Hari ni seperti biasa multitasking since morning. It is 1.40pm. Ni baru dapat rehat kejap, nak makan lunch. Sambil2 tu menaip sat, hehehe. Have you guys had lunch? Did you have breakfast?  What do you usually eat at the office? Do you skip meals at all?

Saya bukanlah pandai sangat bab2 food, nutrition, diet, cuma sekadar berkongsi pengalaman sahaja. Pengalaman mengatakan bahawa, biasanya susah nak cari healthy food if I eat out. The choices in the faculty canteen pun tak banyak. Of course lah the choices are catered for kita orang Malaysia. Sarapan pagi biasanya nasi goreng, mee goreng, nasi lemak, roti canai. Tengahari, nasi dan lauk-lauk yang kebanyakannya semua berminyak dan bergoreng. Minum petang kuih muih, karipap, pisang goreng dan sebagainya. Itu tak termasuk lagi air2 popular seperti teh tarik, milo ais, teh ais, sirap limau dan sebagainya.

Pengalaman membuktikan bahawa kalau saya makan makanan melayu kita, berat badan akan bertambah. Memang lah bukan bertambah dan-dan tu juga, tapi secara kumulatif. Itu sebab walaupun dah pergi slimming centre, kalau tidak pandai memilih makanan berkhasiat, the weight will return.  Mungkin ini adalah genetic saya. Orang lain makan banyak mana pun tetap maintain. Setelah hilang 10 kg di SlimWorld, saya naik balik 4 kg over the course of two years. Not bad juga saya rasa. Tapi kalau tak ada intervention, ia akan bertambah lagi 2 kilo setiap tahun. Ada orang pakai Premium Beautiful, boleh makan apa sahaja. Tapi saya tidak, nak jaga berat badan, portion kena jaga, jenis makanan pun kena jaga.

Oleh kerana tiada banyak pilihan makanan berkhasiat di tempat kerja mahupun di kawasan persekitaran yang sewaktu dengannya, saya terpaksalah membawa bekal sendiri dari rumah untuk breakfast, lunch and snacks. Ini sahaja lah salah satu cara yang boleh saya lakukan untuk gaya hidup sihat. We have to be responsible with what we eat. Saya menulis ini juga sebagai peringatan kepada diri sendiri. Dengan berkongsi bersama blogosphere, saya seolah-olah telah meletakkan komitment kepada diri saya supaya terus berusaha untuk menjaga kesihatan.

*My faithful lunch bag. Sangat suka these small Harrods bags because they are lightweight, durable and easy to keep clean.


*I bring small meals for breakfast, lunch and snacks. And also a small tub of grapefruit, the secret weapon!


Oleh kerana masa tidak mengizinkan, this entry is to be continued and the juggling act continues...

8 comments:

fizamior said...

rajinnya!!!!!!!!!!! wow! sangat rajin okeh buat bekal dari rumah.. wow weee!!!!! hehehehe...

owh! btw, i graduated from UPM :))
which faculty r u in?

Yummy Mummy said...

Fizamior, you from KAW ehhh???? Hahaha..Kita berjiran la, I from KKA tau! Mesti kita ada pernah terserempak in the past kan? ;D

Azmiezas said...

sungguh rajin tuan blog ni..hehehe..

mummy said...

Hi,
care to share ur experience with Slim World? is it really effective and worth the $$$? Thanx in advance

CiKaYu said...

u sangat hebat. bawa bekalan dari rumah. i agreed with you, makanan melayu memang boleh menaikkan badan secara kumulatifnya...tapi, di samping bawa bekal bnyk faedah yg kita dapat kan...nak tiru u bawa bekal lah...

Yummy Mummy said...

Azmiezas, nak bawak bekal tak ada masalah, sebab bibik tolong sediakan hehehe...Yang tak larat tu ialah beli groceries every week! Nak kena ada sedikit planning di situ.

Hi Mummy, entry bulan April banyak pasal SlimWorld. Hope it helps ;)

Cikayu, ish mana ada hebat beb, terpaksa! Kalau kita tak jaga diri sendiri, takde sapa nak jaga kita! Orang suka tengok kita gemok ada la, boleh cenggitu?

diana sidek said...

i mmg salute u!sgt2 super rajin.maybe it's time for me to change jugak..sejak2 i dah tua ni, berta badan cepat betul naik tp xnak turun2...anyway, u mean if kt amik grape daily boleh kurus ek??if ye, besok mmg pg2 i dah borong dah

screamingmommy said...

beb..thanks for sharing..I'm now really need to loose weight...I need to fit into my fav working attire:(

Related Posts with Thumbnails